Tuesday, July 7, 2009

Sejarah Pengakap Antarabagsa dan Malaysia

Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia.

Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan.

Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi di atas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.

Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.

  1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
  2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
  3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
  4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
  5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
  6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
  7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
  8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
  9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
  10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
  11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
  12. Sarawak ( 1915 )

No comments:

Post a Comment