Tuesday, July 7, 2009

Persediaan sebelum, semasa, dan selepas perkhemahan

Sebelum

i- Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak sekolah, dan sebagainya.

ii- Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan

iii- Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah.

iv- Menghantar surat makluman kepadapihak polis mengenai perkhemahan tersebut.

v- Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya.

vi- Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain.

vii- Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan

Semasa

i- Elak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan dahannya akan patah dan menimpa khemah.

ii- Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah rata, kawasan yang tinggi, bersih, dan tidak batu-batan, lubang-lubang, tunggul kayu dan sebagainya.

iii-Periksa terlebih dahulu kawasan yang dipilih supaya tidak terdapat sarang semut atau lain-lain serangga yang merbahaya.

iv- Jangan dirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renek atau rumput panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang berbisa seperti ular.

v- Jika dua buah khemah atau lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-eloknya seluas dua orang berjalan berasingan.

vi- Tentukan arah cahaya matahari. Jika mendirikan yang tiada mempunyai pintu, elakkan cahaya matahari menyinari terus ke dalam khemah, pasanglah khemah melawan arah cahaya matahari.

vii- Tentukan arah tiupan angin. Apabila berkhemah di musim kemarau, tentukan angin dapat bertiup masuk ke dalam khemah. Ini kerana pada siang hari keadaan di dalam khemah sangat panas.

viii- Tentukan permukaan tanah yang hampir rata. Permukaan tanah yang tinggi rendah boleh menyebabkan kestabilan edaran darah tidak teratur. Apabila mendirikan di kawasan ini, aras kepala lebih tinggi daripada kaki semasa tidur supaya dapat menstabilkan peredaran darah.

ix- Pilihlah kawasan teduh dan selesa, terutama semasa berehat di siang hari. Ini kerana keselesaan amat diperlukan sama ada waktu malam, pagi, atau petang.


Selepas

i- Menurunkan dan melipat khemah dan membersihkan tapak perkhemahan seperti keadaan sebelum datang berkhemah.

ii- Menimbus semua lubang yang digali, mematikan api supaya tidak meninggalkan kesan berkhemah.

iii- Tidak meninggalkan sampah di kawasan tapak perkhemahan.


3 comments: