Wednesday, July 8, 2009
Tuesday, July 7, 2009
Pemilihan Tempat dan Tapak
- Tanah atau tapak yang rata
- Berhampiran punca air
- Jauh daripada dahan mati
- Tapak yang lebih tinggi dari punca air
- Mudah untuk mendapatkan bantuan
- Mudah untuk mendapatkan bahan bakar
Persediaan sebelum, semasa, dan selepas perkhemahan
Sebelum
i- Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak sekolah, dan sebagainya.
ii- Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan
iii- Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah.
iv- Menghantar surat makluman kepadapihak polis mengenai perkhemahan tersebut.
v- Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya.
vi- Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain.
vii- Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan
Semasa
i- Elak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan dahannya akan patah dan menimpa khemah.
ii- Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah rata, kawasan yang tinggi, bersih, dan tidak batu-batan, lubang-lubang, tunggul kayu dan sebagainya.
iii-Periksa terlebih dahulu kawasan yang dipilih supaya tidak terdapat sarang semut atau lain-lain serangga yang merbahaya.
iv- Jangan dirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renek atau rumput panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang berbisa seperti ular.
v- Jika dua buah khemah atau lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-eloknya seluas dua orang berjalan berasingan.
vi- Tentukan arah cahaya matahari. Jika mendirikan yang tiada mempunyai pintu, elakkan cahaya matahari menyinari terus ke dalam khemah, pasanglah khemah melawan arah cahaya matahari.
vii- Tentukan arah tiupan angin. Apabila berkhemah di musim kemarau, tentukan angin dapat bertiup masuk ke dalam khemah. Ini kerana pada siang hari keadaan di dalam khemah sangat panas.
viii- Tentukan permukaan tanah yang hampir rata. Permukaan tanah yang tinggi rendah boleh menyebabkan kestabilan edaran darah tidak teratur. Apabila mendirikan di kawasan ini, aras kepala lebih tinggi daripada kaki semasa tidur supaya dapat menstabilkan peredaran darah.
ix- Pilihlah kawasan teduh dan selesa, terutama semasa berehat di siang hari. Ini kerana keselesaan amat diperlukan sama ada waktu malam, pagi, atau petang.
Selepas
i- Menurunkan dan melipat khemah dan membersihkan tapak perkhemahan seperti keadaan sebelum datang berkhemah.
ii- Menimbus semua lubang yang digali, mematikan api supaya tidak meninggalkan kesan berkhemah.
iii- Tidak meninggalkan sampah di kawasan tapak perkhemahan.
Berkhemah
Pengurusan dan Pentadbiran Perkhemahan
- Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.
- Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan.
- Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan.
- Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta menghargai kawasan sekitar.
- Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan.
- Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang.
- Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti.
- Memaklumkan kepada ketua pasukan/kumpulan, fasilatator atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan.
- Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa berhenti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan.
- Peserta tidak dibenarkan berenang selain pada waktu yang telah ditetapkan jika berkhemah berhampiran sungai, pantai atau tasik.
- Dilarang memiliki apa-apa senjata yang merbahaya seperti senjata api, dadah dan alat-alat yang menyalahi undang-undang.
- Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan.
Sejarah Pengakap Antarabagsa dan Malaysia
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di
Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah,
Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan
- F.C Sands di Singapura ( 1910 )
- H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
- I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
- E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
- R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
- Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
- Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
- A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
- Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
- Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
- Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
- Sarawak ( 1915 )
Tujuan Berpengakap dan Peranan Pengakap Kelana
Tujuan pengakap adalah untuk melatih dan menggalakan perkembangan Jasmani, akal dan pergaulan dikalangan generasi muda supaya mengambil bahagian konstruktif dalam pembangunan untuk menjadi seorang individu yang bertanggungjawab.
Kelana ialah pengakap bahagian dewasa dibawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia diantara 171/2 hingga 40 tahun. Pengakap Kelana adalah berperanan memberi khidmat kepada masyarakat selaras dengan cogankatanya iaitu ‘Berkhidmat’.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.
Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat
Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap